Followers

Friday, October 7, 2011

THE SORCERER & THE WHITE SNAKE



Hi guys ! Dah tengok cerita ni ? Aku rasa korang kene tengok cerita ni . Meletopp gilaa . Huh ! Cerita ni memberikan aku seribu satu perasaan . Gembira , sedih , lucu , romantik dan macam2 lagi .Tapi sedih paling banyak . Endingg dia sangat sedih . Sampai aku menagis :( . Diadun dengan lagu yang sangat menyentuh kalbu . Aku sanagt suka soundtrack cerita ni , PROMISE by Raymond Lam & Eva Huang . Korang dengar Lagu yang sedang berkumandang dalam blog aku ni ? Inilah lagu OST untuk cerita ni . Syahdu kan ? hhaha . Btw , ta rugi tengok cerita ni . Aksi dia pun best . Meletop . Ditambah pelakon utama dia cantikk gilaa ! aku sgt sukaa si ULAR PUTIH ni . Cantik sangat ! Sungguh indahkan ciptaan tuhan ? Hhaa :P



Kisah percintaan antara dua hati dan dua insan yang berbeza alam kehidupannya . Mana mungkin si manusia bercinta dan mendirikan rumah tangga dengan seekor ular putih yang asalnya dari alam syaitan ? Yah , mungkin cerita ini agak tahyul , namun , bagi aku cerita ini sangat mendalam signifikan cinta dan kasih sayang yang cuba disampaikan oleh pengarahnya . Dengan kuasa Cinta yag maha dalam , sang manusia tetap cuba berusaha untuk mennyelamatkan dan mendapatkan insan yang dia cintai , si ular putih , kendatipun si manusia itu tahu bahawa insan yang dia cintai itu bukan manusia sebenarnya . Yang dicintai itu adalah seejor ular putih yang menjelma menjadi seorang susuk tubuh manusia perempuan yang sangat cantik dan menawan setiap mata yang memandang ! Itulh kuasa cinta ! Hebat bukan ? Ada betulnya juga kata ornag-orang tua yang CINTA ITU BUTA ! Perasaan sayang dan cinta itu akan membuatkan kita buta , dan sanggup buat apa sahaja , bergolok-bergadai , menempuh apa jua halangan dan rintangan walaupan yang maha hebat ! Itulah cinta . Pengorbanan yang dibuat oleh siular putih amat hebat ! Namun , apakan daya . Dia kene terima hakikat yang bahawasanya dia tidak boleh bersama dan bersatu dengan manusia kerana dia adalah seekor ular putih dari alam syaitan . Dan manusia tidak mungkin dapat sehidup semati bersama seekor ular . Walaupun perasaan cinta itu maha dalam , Maha hebat ! Norma kehidupan telah menetapkan yang manusia hanya boleh bersatu sesama manusia , bukan makhluk lain . Pengakhiran cerita yang sangat-sangat sedihh ! Huh ~ Berpisah siular putih dan si pembuat herba . :'( ~





SI Ular Putih yang sangat jelita !



Jangan lupa menonton ya ! :)

No comments: