Followers

Tuesday, October 11, 2011

KAWAN , SAHABAT , TEMANN ~


Assalamualikum wbt . Hi ! Hmm . Perjalanan hidup yang sangat mencabar dan amat menyulitkan . Kita tidak terlepas dari diujui dengan pelbagai ujian dan dugaan dari Sang Pencipta , ALLAH SWT . Begitu juga aku . Macam2 sudah terjadi sebelum ini dan aku tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini , alangkah bagusnya aku mempunyai kuasa sakti yang bisa melihat apa yang bakal tejadi sebentar lagi agar aku perkemaskan langkah untuk menghadapinya . Namun ia tidak akan mungkin berlaku . Kerana aku hanya insan biasa yang sentiasa melakukan silap dan salah . Hmm . Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang . Kawan-kawan yang aku ada sekarang . Ya , kawan-kawan baik aku atau besties aku . Mereka sentiasa ada disisi aku tatkala aku gmbira atau sedih . Aku bersyukur dengan plihan aku sekarang dan aku rasa aku buat pilihan yang tepat ! Bukan pilihan yaang salah ! Hmm . Ya , dulu diwaktu zaman kegemilanagn besties aku , kami sangat bahagia , gembira dan sangat2 serasi dan sehaluan . Namun , entah mana silapnya , sehingga mahligai persahabtan yang kami bina bersama retak menanti belah dan sudahpun terbelah menanti dikuburkan sahaja . Mungkin khilaf aku , sehingga menjadi macam ni, i guess . Tapi , etahlah . Nilailah dari mata kau bagaimanakah aku ini sepanjang kita menjadi teman tapi mesra ! Alangkah mesra dan indahnya diwaktu itu ! Hmm . Kawan , kemana kita tak pergi ? Cakap ? Semua kita pergi . Banyak kenangan bersama ! Banyak masa kita luangkan bersama ! Namun , pengakhirannya bengini . Apapun , aku tetap bersyukur dan terus bersykur kepada-NYA diatas apa yang telah terjadi . Pengajaran dan proses pematangan yang sangat bermakna bagi aku . BAYU , MELO , FARED , BELLA , LEMON , HANIS , JAI terima kasih sahabat . Semoga inilah pengakhiram cerita kita dan tiada lagi sengketa antara kita . Yang pergi , biarlah pergi . Mungikin kita tidak pantas bersama dengan mereka . Barangkali kita tidak mencapai 'class' nya . Tapi tidak bermakna kita tiada 'class' kan? :P hhaha . Buat 'mereka' , terima kasih kerana memberi aku ruang dan peluang untuk mengenali diri kalian . Banyak kenangan kita bersama . Abadikan kenagan kita bersama . Mungkin ini jalan yang terbaik buat kita . Walaubagaimanapun , kita tetap pernah bersama , susah dan senang bersama dan banyak masa kita habsikan bersama . Kenanglah itu dalam diri kalian . Aku mungkin ta dapat memberi apa2 pada kalian , namun , kenanglah kenagan dan detik setiap saat aku bersama kalian . Ia tidak mungkin lagi akan berlaku . Hmm ~





Buaat 'DS' , kenaglah sambutan hari jadi dekat rumah awk . walaupun ianya tidak seberapa , namun aku yakin , ia merupakan kenanagn yg sukar untuk kita kembalikan . Thnks foreverythng dan maafkan saya jika ada salah & silap sehinggakan kita tidak lagi bersama . Buat 'MH' , entry ulangtahun kelahiran kau masih lagi diblog aku . Juga bersama gambar2 dektik dan ketika kita menyambut ulangtahun kelahiran kau bersama di Qb . Aku harap kau kenag saat itu sampai bila2 kerana aku rasa detik itu sangat manisss dan aku yakin ia takkan kembali . Terima kasih MH . Maafkan aku jika aku ada silap dan salah . Hmm . Buat 'FA' , entahhh . Dimana siapnya juga aku tidak tahu . Persahabatan kita TERGANTUNG . Mungkin aku tidak lagi dipelukan dan tidak sesuai untuk berkawan denagn kau lagi . Kebarangkaliannya sangat tingga sbb kau menggantungkan persahabatan kita tanpa kata . Kau biarkan aku tertanya-tanya . Hmm . Mugkin aku ada salah kepadamu . Maafkan aku sahabat .dan terima kasih untuk segalanya ~ Mungkin ada hikmah yang maha besar
menanti kita dan mesti ada sebab & musababnya kenapa kita jadi sebegini .Aku yakin dan sangat yakin . Semoga Allah merahmati kita semua . Sekali lagi aku mohin ampun dan maaf . Halalkan makan dan minum . Semoga semuanya suda berakhir . Aku harap lagi tiada lagi cacian dan makian . Kalau masih ada rasa tidap puas hati , datang berjumpa slaw talk bersama . Tidak perlu menggunakan FACEBOOK sebagai medan pelepas geram dgn mengupdate status yang memaki hamun aku . Maaf jika ayat aku kasar , namun itulah hakikat ~

# SEKADAR RENUNGAN ~

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang SAHABAT yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

-----> dua orang SAHABAT yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah

# Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut . Mudahmudahan . Aminnnn

Monday, October 10, 2011

BETAPA AKU MENCINTAIMU ~



GOD , IM ADDICTED TO THISSS SONGGG !! HMM :(

Vagetoz - Betapa Aku Mencintaimu

betapa aku mencintaimu
dengan sepenuh hatiku
betapa aku menyayangimu
lebih dari yang kau tahu
syuuu...huuu..ooo..ooo

inginku bahagiakan dirimu
setiap saat bersamaku
seperti janjiku kepadamu
takkan pernah ku ingkari

aku kan slalu ada di dekatmu
aku kan slalu menemani harimu
kau harus tau betapa aku
mencintaimu...wow...

betapa aku mencintaimu
with everything inside of me...

Sunday, October 9, 2011

GAMBARAN HARI KIAMAT ~


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi
Kredit kepada Syok.org

Wassalam~

KU YAKIN SAMPAI DISANA ~

Hi guys . Back to the title entry kali ini . 'KU YAKIN SAMPAI DISANA' : Kalian pernah dengar lagu ni sebelum ni ? Omaigod , aku mcm gila separuh mati suka gilaa dengan lagu ni . Terutama lirik dia . Memang sgt kena dng life aku . Hmm . Thnks to BAYU sbb bbtau pasal lagu ni ~ Korang dengar la . Dan cuba faham isi tersurat & tersirat lirik lagu ni . Indah bukan ? Sadisss gilaa :( Sumpahh suka gilaa . Jgn lupa dengar ok ! <3






Meskipun berat meski kulakukan
Kupilih jalan yang kuyakini
Jangan paksakan yang takkan mungkin
Hidupku masih lurus dan benar

Seribu jalan menuju Roma
Entah mana yang paling baik
Ada begitu banyak pilihan
Engkaulah yang kan menentukan

Reff:
Tlah kupilih jalanku sendiri
Dalam prinsip kehidupanku
Meski tak selalu akan indah
Aku yakin sampai disana

Aku yakin sampai disana

# SUKAAA GILA DENGAN MELODI DAN LIRIK LAGU NI !! :(

Friday, October 7, 2011

THE SORCERER & THE WHITE SNAKE



Hi guys ! Dah tengok cerita ni ? Aku rasa korang kene tengok cerita ni . Meletopp gilaa . Huh ! Cerita ni memberikan aku seribu satu perasaan . Gembira , sedih , lucu , romantik dan macam2 lagi .Tapi sedih paling banyak . Endingg dia sangat sedih . Sampai aku menagis :( . Diadun dengan lagu yang sangat menyentuh kalbu . Aku sanagt suka soundtrack cerita ni , PROMISE by Raymond Lam & Eva Huang . Korang dengar Lagu yang sedang berkumandang dalam blog aku ni ? Inilah lagu OST untuk cerita ni . Syahdu kan ? hhaha . Btw , ta rugi tengok cerita ni . Aksi dia pun best . Meletop . Ditambah pelakon utama dia cantikk gilaa ! aku sgt sukaa si ULAR PUTIH ni . Cantik sangat ! Sungguh indahkan ciptaan tuhan ? Hhaa :P



Kisah percintaan antara dua hati dan dua insan yang berbeza alam kehidupannya . Mana mungkin si manusia bercinta dan mendirikan rumah tangga dengan seekor ular putih yang asalnya dari alam syaitan ? Yah , mungkin cerita ini agak tahyul , namun , bagi aku cerita ini sangat mendalam signifikan cinta dan kasih sayang yang cuba disampaikan oleh pengarahnya . Dengan kuasa Cinta yag maha dalam , sang manusia tetap cuba berusaha untuk mennyelamatkan dan mendapatkan insan yang dia cintai , si ular putih , kendatipun si manusia itu tahu bahawa insan yang dia cintai itu bukan manusia sebenarnya . Yang dicintai itu adalah seejor ular putih yang menjelma menjadi seorang susuk tubuh manusia perempuan yang sangat cantik dan menawan setiap mata yang memandang ! Itulh kuasa cinta ! Hebat bukan ? Ada betulnya juga kata ornag-orang tua yang CINTA ITU BUTA ! Perasaan sayang dan cinta itu akan membuatkan kita buta , dan sanggup buat apa sahaja , bergolok-bergadai , menempuh apa jua halangan dan rintangan walaupan yang maha hebat ! Itulah cinta . Pengorbanan yang dibuat oleh siular putih amat hebat ! Namun , apakan daya . Dia kene terima hakikat yang bahawasanya dia tidak boleh bersama dan bersatu dengan manusia kerana dia adalah seekor ular putih dari alam syaitan . Dan manusia tidak mungkin dapat sehidup semati bersama seekor ular . Walaupun perasaan cinta itu maha dalam , Maha hebat ! Norma kehidupan telah menetapkan yang manusia hanya boleh bersatu sesama manusia , bukan makhluk lain . Pengakhiran cerita yang sangat-sangat sedihh ! Huh ~ Berpisah siular putih dan si pembuat herba . :'( ~





SI Ular Putih yang sangat jelita !



Jangan lupa menonton ya ! :)

~



Looking back you realize that a very special person passed briefly through your life - and it was you. It is not too late to find that person again ~



Happiness doesn't depend on what we have, but it does depend on how we feel toward what we have. We can be happy with little and miserable with much ~



One part of love is sweet and easy, something we fall into and are swept away by. But the other part is hard , it requires discipline, willpower, and opening your heart again and again to someone with whom you are angry, can't stand, and do not like ~




If you have a partner that you love and who loves you, let go of anything and everything that keeps you from opening your heart completely ~



You can't buy love, but you can pay heavily for it. Love songs is the universal language of a human soul and a medicine of a broken hearted ~




Ask me why I keep on loving you when it's clear that you don't feel the same way for me... the problem is that as much as I can't force you to love me, I can't force myself to stop loving you ~



My love is powerful and uncontrollable , it does what it desires. I can't stop it from loving you; I haven't got the strength ~




If loving you is a sin, then send me to hell. For life without loving you is my hell, and at least in hell I can go on loving you ! ~




I love you more than any word can say ... I love you more than every action I take ... I'll be right here loving you till the end ~

ALL YOUR LOVE - BEST POP ALBUM 2011



Hi guys ! Finally aku dapat jugak beli album terbaru drpd DIVA no satu Malaysia , Dato Siti Nurhaliza yang berjudul'ALL YOUR LOVE' . Lagulagu yang ada dalam album ni memng sangat enak didengar ! Best ! Meletop ! Tahniah kepada Siti Nurhaliza kerana berjaya menghasilkan album inggerisnya yang pertama . Satu kejayaan baru buat Dato Siti . Kendatipun ada sesetengah pihak memepertikaikan kelahiran album sulung inggeis beliau ini , namun , ia langsung tidak memberi kesan buruk terhadap kelahiran album ini . Malah , album ini terus laris di kedai2 music sehingga kehabisan stock walaupun masih baru dipasran . Sangatsangat berpuas hati dengan album ni . Syokk gilaa ! Kepada peminat Siti , dptkanlah albumm ni . Ta rugi . Sbb ianya sangat MELETOOPP !! :) LOVE YOU DATO SITI NURHALIZA <3 :)